OBJEKTIF,PENGENALAN DAN DEFINISI

OBJEKTIF
1.      Mengkaji tentang pergaulan bebas.
2.      Mengenal pasti batas-batas pergaulan.
3.      Mengenal pasti faktor terjadinya pergaulan bebas.
4.      Mengenal pasti cara-cara mengatasi pergaulan bebas.
5.      Mengenal pasti kesan pergaulan bebas

PENGENALAN
Pengertian pergaulan adalah jalinan hubungan sosial diantara seseorang dan individu yang lain.Ianya juga boleh berinteraksi didalam kelompok.Pergaulan adalah titik tolak bermula pembentukan keperibadian seseorang individu.Perkara ini terbahagi kepada dua iaitu pergaulan yang positif dan pergaulan yang negatif.Sesuatu individu akan akan menjadi cermin terhadap keperibadian dirinya sendiri melalui pergaulannya baik dari segi pergaulan positif ataupun pergaulan negatif.Pergaualn yang positif akan menjadikan seseorang individu itu berkerjasama dengan individu ataupun kelompok bagi melakukan hal-hal yang positif.Pergaulan yang negative pula lebih tertumpu terhadap pergaulan bebas,pekara ini amat perlu dielakkan terutama remaja yang masih didalam pembentukan keperibadiannya.Biasanya didalam usia remaja ini,individu amat mudah dipengaruhi terhadap pujukan dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.
Pergaulan bebas adalah salah laku yang menyimpang dan melampaui batas kewajipan yang melanggar hukum agama.Ianya akan lebih membawa kepada pandangan buruk terhadap individu,keluarga,agama,bangsa dan negara individu tersebut.Golongan remaja ini adalah penentu masa depan agama dan negara dengan erti kata lainnya mereka inilah yang akan menjadi pemimpin terhadap agama dan negara mereka.Justeru amatlah penting kita mengelakkan gejala pergaulan bebas didalam golongan remaja sedia ada kita ini,perkara iniharus lah dibendung dari peringkat akar umbi dan yang memainkan peranan utama didalam soal ini adalah ibubapa.


DEFINASI PERGAULAN
Pergaulan Dari Segi Bahasa : Proses interaksi antara individu atau individu dengan kelompok
Bebas Dari Segi Bahasa : Terlepas daripada kewajiban, aturan, tuntutan, norma agama dan norma kesusilaan
Pergaulan Bebas Dari Segi Agama : Proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas boleh dilihat didalam Surah An-Nur ayat 30-31 bahwa hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul
Pergaulan Dari Segi Bahasa Arab :  'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki dan wanita. pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita



Comments

Popular posts from this blog

KESAN-KESAN DARI PERGAULAN BEBAS DAN CARA MENGATASINYA

CIRI-CIRI PERGAULAN BEBAS DAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS