CIRI-CIRI PERGAULAN BEBAS DAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
Pergaulan bebas sering didefinisikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas, dadah, kehidupan malam, dan lain-lain. Memang istilah ini diadaptasi dari budaya barat dimana orang bebas untuk melakukan hal-hal diatas tanpa takut menyalahi norma-norma yang ada dalam masyarakat. Berbeza dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah hal tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan “jauhi pergaulan bebas”.
Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Perselisihan kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk." Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
• Rasa ingin tahu yang sangat besar dan tak terkendali.
• Memiliki perilaku yang tidak baik bahkan tidak wajar dan tidak sopan.
• Sering membuat pembaziran wang yang memenuhi keperluan yang sebenarnya tidak diperlukan sama sekali.
• Sering terjadi perubahan emosi, fikiran, perilaku dengan cepat.
• Terjerat ke dalam sebuah hal-hal yang sama sekali tidak bermanfaat bahkan membahayakan diri sendiri, seperti pergi ke pusat hiburan dan memakai ubat-ubatan terlarang.
• Sering memakai pakaian yang terbuka, jika tertutup pastinya ketat dan tidak baik untuk dilihat.
• Mudah gelisah, tidak sabar, selalu melawan jika keinginannya tidak terpenuhi, rasa malas yang berlebihan, selalu merasa sombong akan banyak hal.
• Sering mengalami tekanan emosi dan mental.
• Ingin mendapatkan apa saja yang dia mahu seperti harta dan wang dan menghalalkan berbagai macam cara untuk mendapatkannya.
Faktor-faktor
Banyak sebab pergaulan bebas jadi begitu merebak :
1. Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.
2. Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.
Comments
Post a Comment